"Dari awal lagi saya dah menjangka bahawa saya akan tersingkir pada minggu pertama ini. Yelah, dari awal lagi Afundi saya berada d itangga terbawah sekali. Namun, terus-terang, walaupun saya mendapat kritkan positif dari pengkritik, saya masih tidak berpuas hati dengan persembahan saya pada minggu pertama ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Laika atau nama sebenarnya Zulaika Zahari,22, mengakui antara faktor yang menyebabkan dia tersingkir daripada AF adalah disebabkan dia membetah kata-kata pengetua AF9, Amy Search yang memberikan lagu Ku Bahagia daripada Melly Goeslow kepadanya.
"Saya rasa mungkin juga orang terpengaruh dengan cakap saya terhadap Amy bahawa lagu ini amat mudah serta tidak mencabar kreadibiliti saya sebagai penyanyi. Apapun, saya bukan sengaja melawan cakap Amy tetapi komentar yang saya berikan itu adalah untuk membantu serta melindungi diri saya saja.
"Sebenarnya, saya amat sedih bukan kerana tersingkir tetapi memikirkan semula hasrat adik saya yang mahukan sangat menjadi bintang AF yang dikenali. Paling tidak pun, mungkin saya dapat tunaikan hasratnya dengan kekal sehingga minggu ke-5," katanya kepada murai.com.my.
Sementara itu, jangan lupa dapatkan pengakuan eksklusif Laika tentang pemain gitar kumpulan Sofazr iaitu Zimi yang difahamkan mempunyai hubungan istimewa dalam episod ke-4 Apa Kata M ? Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang AF9, sila layari www.akademifantasia.com.my.
Berikut adalah keputusan Afundi konsert pertama AF9
- Nera-16%
- Erul-13%
- Aida-13%
- Raqib-11%
- Lena-10%
- Afif-9%
- Amir-5%
- Miza-4%
- Eka-4%
- Kay-4%
- Laika-4%
No comments:
Post a Comment