Saturday, April 9, 2011

Tiket Bruno Mars Telah Habis Dijual Selama Tiga Hari

KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2011: Ramai yang tidak sabar-sabar menantikan Konsert Bruno Mars yang bakal berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC), hari Ahad ini bermula pada jam 8 malam.
Konsert yang bakal berlangsung selama satu setengah jam ini telah dibawakan oleh Scenique Concerts & Events bersama-sama Red Ant Touring, para peminat Bruno Mars juga akan dihiburkan oleh artis Malaysia, Mizz Nina yang akan membawakan lagu hitnya 'Wait You Waiting For' dan 'Kurnia', sebagai pembuka tirai konsert.
Apa yang menarik jualan tiket Bruno Mars telah pun habis dijual dalam tempoh masa 3 hari. Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Bruno Mars kini adalah antara penyanyi Amerika Syarikat yang jadi tumpuan di sana.
Lagu singlenya, Grenade, sedang menjuarai carta music di Amerika Syarikat, Kanada, Britain dan juga di Filipina. Selain merupakan penyanyi solo lelaki yang pertama dalam 13 tahun untuk mengungguli carta dengan dua single pertama, lagu hitnya "Just The Way You Are" masih lagi berada di kedudukan 10 teratas dalam carta BillBoard "Hot 100". Kedua-dua lagu tersebut telah pun menyumbang kepada Bruno Mars sebagai artis dengan pencalonan kedua terbanyak dalam Anugerah Grammy, edisi yang ke-53.
Selain "Grenade" & "Just The Way You Are", penyanyi itu juga bakal membawakan lagu-lagu dari album 'Doo-Wops & Hooligans' seperti "Our First Time", "Runaway Baby", "The Lazy Song", "Marry You", "Talking to the Moon" dan banyak lagi.
Persembahannya yang hebat di Anugerah Grammy yang ke-53 baru-baru ini bukan sahaja telah membuktikan versatiliti dan kehebatan vokal yang ada pada penyanyi itu. Malah, dengan persembahan yang sama hebat, Mars yang juga seorang ahli pemuzik, akan menunjukkan bakat serba bolehnya dengan memainkan alat-alat muzik yang berbeza di pentas PWTC nanti.
Konsert itu nanti bukan sahaja bakal mempersembahkan Mars sebagai seorang artis dan selebriti yang terkenal, malah satu pengiktirafan kepadanya sebagai seorang penulis lagu, penghibur dan produser muzik.

No comments:

Post a Comment