KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2011: Ramai merungut kerana agak sukar mendapatkan tiket konsert mingguan Akademi Fantasia 9 (AF9) yang diadakan di Studio 1, Astro, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, jam 9 malam.
Oleh itu, murai.com.my sebagai portal hiburan rasmi AF9 secara eksklusifnya menyediakan peluang mudah untuk peminat setia AF9 mendapatkan tiket konsert tersebut.
Setiap minggu, sepasang tiket akan diedarkan kepada peminat bertuah di mana anda perlulah menyertai pertandingan ucapan gemilang e-kad AF9 dibawah ruangan program Apa Kata M? (AKM).
Selain berpeluang mendapatkan tiket konsert mingguan, pemenang pertandingan ini juga berpeluang memberikan ucapan dan slogan sokongan kepada mana-mana pelajar AF9 kesukaannya. Ucapan tersebut juga boleh ditujukan kepada pengacara AF9, pengetua AF9 dan tenaga pengajar AF9.
Lebih menarik, sekiranya ucapan tersebut terpilih dan mendapat undian tertinggi, pemenang itu boleh menyampaikan ucapan tersebut secara langsung menerusi program AKM yang disiarkan di murai.com.my dan saluran Astro @15.
Tambah istimewa, pemenang juga bakal menerima hamper dari penaja AKM iaitu Jamu Mak Dara yang bernilai RM200.
Syarat menyertai pertandingan mudah saja. Anda hanya perlu mengirimkan foto anda mengikut syarat yang telah ditetapkan. Selepas itu, anda perlulah menghebahkan ucapan dan foto berkenaan kepada rakan-rakan anda untuk mengundi anda.
Pihak murai.com.my berhak membatalkan kemenangan anda sekiranya mendapati maklumat yang diberikan adalah palsu. Pemenang bagi pertandingan ini akan dihubungi sehari sebelum konsert berlangsung.
Jadi, apa tunggu lagi. Rebutlah peluang keemasan ini kerana hanya di sini saja anda boleh mendapatkan tiket eksklusif untuk menonton konsert mingguan AF9 secara langsung.
Syarat foto yang dikirimkan adalah:
Perempuan: Mestilah berkebaya menawan atau pun bergaya ala model dengan salah satu produk Jamu Mak Dara.
Lelaki: Bergaya ala model dengan produk Jamu Mak Dara.
No comments:
Post a Comment